Monday, May 6, 2013

DATO' SERI ANWAR IBRAHIM TIDAK MENERIMA KEKALAHAN PEMBANGKANG

Salam hormat,

Dukacita saya sampaikan bahawa Ketua Pembangkang (Dato' Seri Anwar) tidak menerima keputusan pilihanraya yang baru kita semua lalui. Melalui BBC (ASTRO, chanell 512 jam 615 petang,6hb Mei.) saya perhatikan kenyataan controversial election telah disebut. Beliau seterusnya dipetik akan mengambil tindakan susulan yang perlu bagi membetulkan keadaan.

Beliau melalui proses mengundi dan saya juga melalui proses yang sama cumanya di dua lokasi yang berbeza. Di lokasi saya mengundi Parlimen Kluang dimenangi oleh DAP manakala di parlimen Permatang Pauh PKR (Dato Seri Anuar) memenaginya. Jika beliau kalah atau pun membuat kenyataan bahawa proses mengundi yang beliau baharu lalui sahaja adalah satu proses yang banyak ketidakbetulan (irregularities) mungkin saya boleh terima. Selepas semuanya selesaai baru hendak mengeluarkan kenyataan berkenaan.

Kita juga lihat, wakil DAP, khusunya mendapat pertambahan majoriti berlipat ganda. Apakah ini semua juga disebabkan irregularities yang beliau maksudkan? Satu daripada sebabya ialah banyak pengundi Melayu di kawasan berkenaan telah menambah undi berkenaan selain dari kesungguhan kaum China sendiri untuk memastikan semua kerusi yang DAP pertandingkan menang. 

Jika beliau tidak mahu menerima keputusan yang telah diumumkan, paling kurang beliau sepatutnya mengarahkan kesemua negeri-negeri yang dimenangi pakatan pembangkang ini, supaya TIDAK MEMBENTUK KERAJAAN DAN MENGANGKAT SUMPAH JAWATAN. Apakah beliau menerima keputusan yang SPR keluarkan bagi negeri-negeri yang dikuasi mereka???

Saya terus memikirkan, adakah ini disebabkan kesalahan atau kesilapan mana-mana proses pilihanraya? Saya tidak nampak dan tidak bersetuju dengan kenyataan dan keputusan beliau.

Jika ada di antara rakan-rakan yang boleh membantu saya untuk menunjukkan dimanakan kesilapan atau kesalahan proses pilihanraya kali ini boleh berlaku, sila e-mail saya.

Skian


Dr Azizol Bin Mohd Sharun

Sunday, May 5, 2013

SYUKUR KEHADRAT ILLAHI ATAS KEMENANG BARISAN NASIONAL

Salam hormat,

Alhamdullilah syukur saya kehadrat Illahi, kerana dengan limpah izinnya, Barisan Nasional telah diberikan peluang sepenggal lagi untuk mentadbir negara yang tercinta ini. Jelas lah sudah Allah SWT telah menetapkan bahawa Barisan Nasional lah yang paling layak dan sesuai untuk memerintah negeri ini.

Saya berasa lega apabila keputusan ini telah diumumkan oleh SPR lewat malam tadi. Marilah kita bersama-sama menerima keputsan PRU ke 13 ini dengan hati yang terbuka dan redha.

Disampinag kelegaan ini, saya ingin mengajak semua rakan-rakan supaya membuka mata, terutamanya apa yang dibincangkan oleh para panel (pakar) pilihanraya di TV1 di sepanjang tempoh pnerimaan keputusan pilihanraya malam tadi.

Saya akan cuba mengupas keputusan tersebut mengikut kefahaman saya sendiri dan membincangkan perkara-perkara yang kita kaum pribumi kena benar-benar faham dan seterusnya mengambil tindakan supaya di masa yang akan datang kita tidak ketinggalan.

Skian,


Dr Azizol Bin Mohd Sharun

Saturday, May 4, 2013

SELAMAT MENGUNDI

Salam hormat,

Sudah tamat masa berkempen, tepat pada jam 11.59 malam tadi.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Pengundi besok.

Skian,


Dr Azizol Mohd Sharun