Salam hormat,
Dukacita saya sampaikan bahawa Ketua Pembangkang (Dato' Seri Anwar) tidak menerima keputusan pilihanraya yang baru kita semua lalui. Melalui BBC (ASTRO, chanell 512 jam 615 petang,6hb Mei.) saya perhatikan kenyataan controversial election telah disebut. Beliau seterusnya dipetik akan mengambil tindakan susulan yang perlu bagi membetulkan keadaan.
Beliau melalui proses mengundi dan saya juga melalui proses yang sama cumanya di dua lokasi yang berbeza. Di lokasi saya mengundi Parlimen Kluang dimenangi oleh DAP manakala di parlimen Permatang Pauh PKR (Dato Seri Anuar) memenaginya. Jika beliau kalah atau pun membuat kenyataan bahawa proses mengundi yang beliau baharu lalui sahaja adalah satu proses yang banyak ketidakbetulan (irregularities) mungkin saya boleh terima. Selepas semuanya selesaai baru hendak mengeluarkan kenyataan berkenaan.
Kita juga lihat, wakil DAP, khusunya mendapat pertambahan majoriti berlipat ganda. Apakah ini semua juga disebabkan irregularities yang beliau maksudkan? Satu daripada sebabya ialah banyak pengundi Melayu di kawasan berkenaan telah menambah undi berkenaan selain dari kesungguhan kaum China sendiri untuk memastikan semua kerusi yang DAP pertandingkan menang.
Jika beliau tidak mahu menerima keputusan yang telah diumumkan, paling kurang beliau sepatutnya mengarahkan kesemua negeri-negeri yang dimenangi pakatan pembangkang ini, supaya TIDAK MEMBENTUK KERAJAAN DAN MENGANGKAT SUMPAH JAWATAN. Apakah beliau menerima keputusan yang SPR keluarkan bagi negeri-negeri yang dikuasi mereka???
Saya terus memikirkan, adakah ini disebabkan kesalahan atau kesilapan mana-mana proses pilihanraya? Saya tidak nampak dan tidak bersetuju dengan kenyataan dan keputusan beliau.
Jika ada di antara rakan-rakan yang boleh membantu saya untuk menunjukkan dimanakan kesilapan atau kesalahan proses pilihanraya kali ini boleh berlaku, sila e-mail saya.
Skian
Dr Azizol Bin Mohd Sharun
No comments:
Post a Comment